Program Derma Darah di Kampung Semop (Sesi Julai 2019) & Tayangan Video Klik Dengan Bijak

15 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Julai 2019, Pusat Internet Semop telah bekerjasama dengan Hospital Daerah Daro untuk menganjurkan Program Derma Darah di Kampung Semop untuk Sesi Julai 2019. Program ini telah berlangsung di Pusat Internet Semop bermula dari tahun 2016 dan menjadi pilihan Hospital disebabkan oleh kemudahan yang lengkap. Program ini bermula dari jam 9.30 pagi dan tamat pada 12.30 tengahari yang bertempat di Pusat Internet Semop. Program ini telah menjemput seluruh warga Kpg Semop dan sekitarnya untuk menderma darah. Oleh itu,sebanyak 22 orang penduduk Kampung Semop yang datang bagi membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menderma darah dan hanya 7 orang penduduk kampung yang layak menderma darah pada hari tersebut. Selain itu, program ini disertai oleh 9 orang staff dari Hospital Daerah Daro.

Selain program Derma darah, pengunjung @ peserta turut dipersembahkan Tayangan Video Klik Dengan Bijak dan aktiviti yang pernah berlangsung di Pusat Internet Semop. Terima Kasih kepada pihak Hospital Daro kerana memilih Pusat Internet Semop sebagai lokasi untuk Program Derma Darah mereka. Terima Kasih juga kepada penduduk yang sudi menderma darah, “Seorang Penderma boleh menyelamatkan 3 nyawa”.

Tahniah & syabas semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali